Selamat Hari Lahir Adam ke 4~7 June 2010~

In CategoryAdam, Special day
Byda

Selamat hari lahir ke 4 buat putera sulung kami , pengikat kasih Ummi dan Baba; Adam Naqiuddin b Mohd Najmuddin.

Tahun ini untuk kali keduanya Adam sambut hari lahirnya di kampung. Cuma bezanya tahun ini Baba tak dapat bersama-sama sebab Baba masih kat Penang. Kami buat Jumaat yang lepas sebab semua ada.Tok Ayah, Mok Tok,Nenek,Tok Uda,Mak Ngah,Pak Ngah, Mak Teh, Pak Teh,Yusoff, Ali an Aisya.

Ummi doakan agar anak Ummi ini jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Anak yang akan mendoakan kesejahteraan Ummi dan Baba di sana nanti. Amin. Ummi dan Baba sayang sangat Adam,Alya dan Aqil.

Pelepas dan Turun Tanah

In CategoryAqil, Special day, Ummi
Byda

31 May 2010 -Aqil hari ke 39

Pelepas dibuat selepas selesai berurut dengan Tok Bidan. Ummi berurut 3 hari je..tu pun sakit gler masa kena urut. Rasa nak lari jer masa tok bidan tu tengah ngurut..maklumla ngurut masa  lepas bersalin je :P Biasanya dibuat pada hari ganjil.

Bahan-bahan yang digunakan ialah duit syiling 20sen, sedikit bedak , sejemput beras dan benang mentah. Ummi memangku Aqil sambil duduk berlunjur. Kemudian tok bidan akan membaca ayat-ayat quran dan doa diikuti dengan ‘skrip’ pelepas. Selepas itu benang mentah yang diikat di’sauk’kan dari kepala Ummi  dan dibawa terus ke kaki. Kiranya macam Ummi dan Aqil disarungkan dengan benang tu la. Beras yang dipegang dengan benang tadi dilepaskan selepas benang melepasi kaki.Diulangi sebanyak 3 kali. Aqil siap lena lagi tidur..hehehe

Tak tahu lah adat ini masih relevan lagi tak di zaman sekarang. Tapi bagi Ummi adat lama ini adalah satu ilmu orang lama yang pastinya ada ‘sesuatu’ disebaliknya kerana kadang2 ilmu orang lama memang sukar untuk kita bahaskan secara logik akal orang sekarang.

Gambar tak ambil sebab segan kat tok bidan :) P

4 Jun 2010 –Aqil hari ke 43

Pagi Jumaat tadi moyang Aqil; Tok Chek datang untuk  ‘turun’ Aqil. Biasanya dibuat sebelum bayi dibawa berjalan keluar rumah selepas habis pantang. (Tapi Ummi hari ke 41 dah bawak Aqil pergi jalan dah..hehehe).Tapi untuk Adam dan Alya tak sempat buat pun dulu.

Dimulakan dengan bacaan ayat di pintu rumah.Kemudian diletakkan kaki Aqil atas besi.Tak taula apa maknanya.. kemudian dibawa turun ke halaman rumah, jalan-jalan depan dan tepi rumah .Lepas tu ambil daun sebelum naik semula ke atas rumah. Simboliknya, anak keluar rumah nanti akan pulang membawa  rezeki :)

Daun jenis tu (ntah lupa apa namanya) boleh dijadikan ubat bila Aqil menagis atau meragam; kata Tok Chek.

Selamat Ulangtahun ke 5 Ummi dan Baba ~3 June 10~

In CategoryBaba, Family, Special day, Ummi
Byda
 
 
Sebentar je rasanya masa berlalu..3 June 2005 kami diijabkabulakan..kini 5 tahun berlalu Alhamdulillah kami dikurniakanNya sebuah keluarga yang bahagia..dihiasi dengan 3 cahayamata..Alhamdulillah syukur atas kurniaanNya yang tidak terhingga ini.
 
Walaupun tahun ini kami tak dapat nak celebrate bersama-sama..ye lah Baba kat Penang dan Ummi serta anak2 pula di Kelate..cukuplah sekadar doa agar rumahtangga kami sentiasa di bawah rahmatNya dan kami sekeluarga dapat hidup bersama-sama sehingga ke akhir hayat..Amin.

Kisah Aqil

In CategoryAqil
Byda

Hari ke 4 >Isnin -26/4/10

Bertolak pulang ke Kelantan

Hari ke 5 >Selasa-27/4/10

Hari ke 6 >Rabu -28/4/10

Nurse datang melawat. Katanya kuning Aqil nampak kuat. Kena ke Klinik Kok Lanas terus untuk cek. Terus pergi sana -bacaan SB 288 . Kena datang lagi esok

Hari ke 7 >Khamis -29/4/10

Ke klinik lagi. Bacaan SB makin naik 296. Aik rasanya semalam Aqil dah kuat menyusu..tak sangka naik juga. Kena ke Hospital Machang esok untuk check sebab kat sini tutup esok.

Hari ke 8 >Jumaat-30/4/10

Ke Hospital Machang untuk cek kuning Aqil. Bacaan SB turun sedikit sahaja 290. Doktor menyarankan agar Aqil terus ditahan di wad.
Tinggallah Ummi dengan Aqil kat wad.Petang tu Ummi letak Aqil bawah lampu.Nasib baik katil Aqil sebelah katil Ummi je..lepas je menyusu Ummi letak Aqil bawah lampu tu..kesian juga tengok
Lekas baik ya nak..cepat kita pulang nanti..

Petang tu Aqil relax je tidur bawah lampu tu..bila malam je dia dah start rasa tak best.Lepas je menyusu dan nampak lena Ummi pakaikan spek dia dia..terus dia meraung..kalau berjaya pakaikan spek..acu jer nak letak dalam katil dia terus meraung
Setiap jam Ummi try semua tak berjaya..sudahnya 1 malam tu memang Ummi dan Aqil tak tidur..aduhhh kesian Aqil..tu pun sempat juga kami tidur sejam pukul 2 pg sebab Ummi letak Aqil tidur sebelah Ummi..dalam pukul 5 pagi tu agaknya Aqil dah tak larat sangat barulah berjaya letak bawah lampu dia

Hari ke 9 >Sabtu -1/5/10

jam 5 25pg..baru je Aqil tidur 25 minit..nurse datang ambil Aqil nak cek darah..kasian Aqil baru je nak tidur..minta2lah kuningnya dah turun..maklumlah semalam langsung tak letak bawah lampu tu

lepas ambil darah..Aqil tidur..jam 7pg Ummi ke toilet..keluar toilet tengok2 nurse tengah mandikan Aqil..laaa kesiannya Aqil..baru je nak sambung tidur kena mandikan pula..

Jam 10 pagi Adam dan Alya datang dengan Tok Ayah dan Mak Lang datang melawat Aqil dan Ummi

Jam 12.30 doktor datang bagitau yang Aqil dah boleh keluar harini. SB 251. Alhamdulillah

Jam 2.00 petang Ma dan Abah datang.Mak Ngah dan pak Ngah pun datang nak bawa balik kami..

Aqil Taqiuddin bin Mohd Najmuddin -23 April 2010,4.44am

In CategoryAqil
Byda

Nama: Aqil Taqiuddin B Mohd Najmuddin

Tarikh/masa lahir 23 April 2010 ,Jumaat 4.44 pagi

Berat : 3.83kg

Aquaria

In CategoryUncategorized
Byda

Ni masa pergi Aquaria,KLCC masa cuti raya cina haritu

15022010100615022010100915022010101215022010101315022010101515022010102315022010102415022010103715022010103915022010104315022010104415022010104915022010104815022010106120757_362095714376_560754376_5074211_7030120_n150220101057

Nak Ikut Baba..

In CategoryAlya, Baba, Family, Food, Jalan-jalan
Byda

Isnin lepas, selepas balik dari checkup kat SALAM, Baba terus bersiap-siap nak balik ke Penang. Tiba-tiba Alya meraung-raung nak ikut Baba..puas Ummi pujuk tak makan juga..Baba pun bawa la pusing naik kereta kejap. Turun kereta meraung-raung lagi nak ikut..aduhhh..luluh hatiku dengar anak meraung nak ikut Baba..nasib baik Baba kuat semangat..kalau Ummi lah..maunya tak jadi pergi..hehehehe

Lepas Baba pergi..pujuk-pujuk sikit mujurlah ok..Pagi tadi Ummi bagitau Adam dan Alya ; Baba nak balik petang ni..cepat-cepat Alya cakap ‘Nanti nak ikut Baba pergi Penang’…Ummi pun senyum je lah :)

(Bawah ni gambar hujung minggu lepas masa JJCM, chicken chop kat Cempaka Rimba, PKNS Bangi ni paling best setakat ni. Harga pun masih tak berubah sejak lebih 4 tahun lepas :P )

26382_380721924376_560754376_5155892_7984357_n

Anak Baba..

26382_380724734376_560754376_5155901_1915096_n

Khusyuk dok main tunggu order sampai

26382_380723229376_560754376_5155894_7072368_n

Sedap sunggoh!!!

Diari Baba

In CategoryBaba, Family, Jalan-jalan
Byda

Ni gambar masa pergi bawak Adam dan Alya mandi kolam kat Presint 9 Putrajaya..

06022010946060220109560602201095406022010950

Lepas tu Baba melayan budak2 ni nak main taman mainan sebelah tu pulak..

0602201095806022010960

Tu haaa sorang budak dah kena pikul sebab tak nak balik..kui2

06022010963

 

Sebelum balik singgah minum air sat..

0602201096406022010967

Dalam kereta..mula zzzzzzzzzzzzzzzzzz

0602201097306022010974

Petangnya bawa Adam pergi botakkan kepala..Alya pun nak botak sekali..heheheh

06022010975060220109760602201098006022010979

Itulah seharian diari Baba menghabiskan masa bersama anak-anak sebelum bertolak semula ke Penang..berjumpa lagi di hujung minggu seterusnya..

TV Besar

In CategoryFamily, Gelagat, Jalan-jalan, Uncategorized
Byda

sambung lagi entri ke Penang..

Esoknya Baba mula bekerja. Ummi, Adam dan ALya lepak2 jer rumah/ofis Baba. petangnya balik kerja kami ke Jusco Seberang Perai nak pergi tengok tv besar. Macam tahun lepas tahun ni pun dapat 2 tiket percuma. Belasah aja tengok cerita Spy Next Door, nampak yang ni jer sesuai untuk tontonan keluarga..cerita ni menghiburkan lah jugak..plus kelakar. Adam jer yang khusuyk tengok , Alya sampai separuh jalan mula tak dok diam, gatal sana sini..ish2 budak nih.

01022010934010220109350102201093701022010938

Ikan Tembakul di Penang

In CategoryAdam, Family, Food, Jalan-jalan
Byda

Menjelang tengahari Ahad tu kami bertolak dari Kok Lanas, singgah di Tanah Merah kejap kemudian singgah Bukit Jering kejap. Lepas tu teruskan perjalanan ke Penang.

Dalam pukul 9 .30 pm sampai kat Seberang Perai.Baba terus ajak pergi makan ikan bawal goreng kat Taman Perda, area Bukit Mertajam..Baba bagitau ikan bawal goreng memang terkenal la kat situ..Dalam penat2 dengar je pasal makan on aje :P .

Area food court tu memang semua jual ikan bawal goreng..tapi ada satu yang paling glamer.. ‘Wan Zai Ikan Bawal’..memang penuh la orang..sah mesti sedap ni..kami pun order 2 set ikan bawal ..memang tidak menghampakan..ikan bawal goreng panas2 diletak kicap, kuah kari, ulam daun selom, dan sambal..fuhhh!!! sedap!!

Adam pula panggil ikan tembakul..ni gara2 terpengaruh dengan cerita Belalang la nih..hehehe

31012010931

Hmmm sedapnya..tak sabar nak makan dah nih

31012010932

Sedap ikan tu….